RENCANA SEJARAH

 Pertanyaan masalah: Sejarah dunia telah memberikan kesan dan akibat kepada perubahan pemikiran dan tindakan rakyat Tanah Melayu bagi mendapatkan  kedaulatan tanah air. 

3 Objektif kajian: 1. Menyedarkan orang awam terhadap kesan sejarah dunia

                             2. Bagaimana untuk mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut

                             3. Kesan jika meneruskan amalan mereka.

3 Kaedah Kajian: 1. Carian Internet

                             2. Kajian Literature

                             3. Pemerhatian

Dapatan Kajian:

 Maksud Nasionalisme

Nasionalisme bermaksud perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara. Nasionalisme boleh diertikan sebagai semangat kebangsaan yang menjelaskan sikap dan pendekatan berkaitan dengan perjuangan menentang penjajahan serta pembelaan terhadap bangsa dan negara. Selain itu, nasionalisme bermaksud gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi, dan sosial daripada penguasaan orang asing asing. Idea nasionalisme tidak sama antara negara dengan zaman kerana idea tersebut berkait rapat dengan pengalaman sejarah dan pengaruh sekeliling seperti keturunan, agama, bahasa dan adat resam. 

  Pendapat Tokoh

Beberapa orang tokoh dan sejarawan telah memberikan tafsiran berkaitan dengan nasionalisme mengikut pandangan mereka. 

Hans John: Nasionalisme merupakan satu gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara atau bangsanya.

Professor William R.Roff: Kebangkitan nasionalisme Melayu lebih kepada kesedaran dan ketegasan diri pada dekad terakhir sebelum Perang Dunia Kedua. Hal ini disebabkan oleh ancaman terhadap hak kepentingan orang Melayu serta faktor ekonomi akibat kebimbingan masyarakat terhadap sekularisme dan imperialisme Barat yang melanda Tanah Melayu. 

Dato' Onn Jaafar: Kita hendak menzahirkan suatu bangsa yang lebih tegap dan kuat, boleh berdiri di atas tapak kaki kita sendiri dan mengambil tempat yang kita sendiri dan mengambil tempat kita yang sebenar di sisi bangsa-bangsa lain yang tegap dan bersatu.

Dr Burhanuddin al-Helmi: Perjuangan menentang penjajahan hendaklah ada persatuan dan perpaduan yang kuat, iaitu National Fronts. Segala tenaga yang menentang penjajahan hendaklah digunakan untuk mencapai kemerdekaan dengan tetap berpegang pada tatatertib dan adab sopan bangsa Melayu dan agama Islam untuk menembus, merebut dan merampas kembali hak mutlak bangsa kita yang telah ditenggelamkan itu. 

Dr. R. Suntharalingam: Nasianalisme merupakan fenomena sejagat yang mengiktirafhak setiap bangsa di dunia ini untuk menubuhkan negaranya sendiri dan memindahkan kedaulatan kepada rakyat. Nasionalisme juga menuntut kesetiaan ulung individu disalurkan kepada negara bangsa itu. 

Professor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid: Nasionalisme Melayu bukanlah gejala baharu hasil penggabungan Tanah Melayu oleh British, tapi nasionalisme Melayu telah wujud sejak zaman kesultanan Melayu Melaka. Melaka. Kesetiaan kepada raja merupakan ciri nasionalisme Melayu ketika itu dan orang Melayu berpegang pada faham kebangsaan yang bersifat ke'"Tanah Melayuan".

Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim: Dalam konteks Melayu sebelum merdeka, nasionalisme digunakan untuk merujuk perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri.

Nasionalisme mempunyai pelbagai tafsiran berdasarkan sejarah. Corak perjuangan dan karisma pemimpin yang mendukung perjuangan. Nasionalisme berkait rapat dengan perasaan cinta akan negara yang mencetuskan keinginan membina negara bangsa dan melahirkan identiti sendiri. Hal ini bermaksud nasionalisme ialah gerakan untuk melahirkan perasaan kekitaan dengan rnenggunakan persamaan kebudayaan dan pengalaman sejarah yang bertujuan rnembebaskiin bangsa dan negara daripada penjajahan. Gerakan ini menuju matlamat yang sama, iaitu membina bangsa yang bersatu dan negara berdaulat.

Perkembangan Nasionalisme

Nasionalisme di Barat berkembang hasil daripada penentangan terhadap pemerintahan beraja yang menjadi simbol penindasan yang menggugat hak dan kebebasan rakyat. Contoh nasionalisme antiraja ialah Revolusi Keagungan di England dan Revolusi Perancis. Selain itu, idea nasionalisme juga dikaitkan dengan perjuangan untuk memperoleh kemerdekaan daripada penjajahan kuasa asing seperti Revolusi Amerika.

1.Revolusi Keagungan (1688) 

Revolusi Keagungan (Glorious Revolution) di England berlaku disebabkan oleh keinginan menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat. Revolusi ini tercetus berikutan pernerintahan Raja James II membelakangkan parlimen semasa menggubal undang-undang. Ahli parlimen bangkit menentang pemerintahan raja berkuasa mutlak dengan sokongan Mary II dan suaminya, Raja William of Orange dari Belanda. Menyedari sokongan yang semakin berkurangan. Raja James ll melarikan diri ke Perancis. Peristiwa ini dikenali sebagai Revolusi Keagungan kerana peralihan kuasa berlaku secara aman tanpa perlumpahan darah. Sernasa pemerintahan Mary Il dan Williarn of Orange. konsep kedaulatan parlimen dan sistern raja berperlembagaan dimantapkan. Bill of Rights digubal untuk memberikan keutamaan kepada parlimen menggubal undang-undang dan hak mengutip cukai.

2.Revolusi Amerika (1 776)

Revolusi Amerika merupakan reaksi orang Amerika menentang penjajahan British. Penentangan ini disebabkan oleh tindakan British tidak melindungi hak penduduk Amerika yang merupakan sebahagian daripada empayar British. Terdapat l3 buah tanah jajahan British di Amerika. Penduduk Amerika menentang akta yang dipekenalkan untuk memugut cukai di jajahan tersebut seperti Akta Pelayaran, Akta Gula Akta Setem dan Akta Teh. Penduduk tanah jajahan di Amerika melaungkan slogan "tiada cukai tanpa perwakilan" kerana tiada wakil Amerika dalam Parlimen British. 


3. Revolusi Perancis 1789
                      • Idea nasionalisme yang perjuangkan kebebasan, persamaan dan persaudaraa oleh pemikir Perancis - Jean Jacques Rousseau dan Voltaire.
                      • Peranan Rousseau telah menulis The Social Contract.
                      - Keunggulan suara rakyat bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.

Suara rakyat adalah merupakan kata sepakat golongan yang mempunyai kesedaran.
- Kedaulatan suara rakyat lebih penting daripada institusi raja dan birokrasi
• Sasaran golongan revolusi adalaht terhadap pemerintah autokratik Raja Louis XVI dan golongan bangsawan.
- Golongan ini memonopoli pelbagai keistimewaan sebaliknya rakyat terbeban dengan cukai
- Menggempur penjara Bastile.
- Membebaskan tahanan politik.
- Menggulingkan Raja Louis XVI
• Kesan revolusi - Kemunculan Republik Perancis yang menamatkan sistem beraja di Perancis.
PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA
                      • Kesinambungan idea nasionalisme di Barat.
                      • Kedatangan dan penjajahan kuasa eropah di asia telah mencetusakan kebangkitan nasionalisme.

1. Nasionalisme di India.
• Reaksi penduduk tempatan terhadap dasar imperialisme British.
• Kebangkitan rakyat dalam Dahagi India 1857.
- Dilancarkan oleh sepoi / askar upahan British berbangsa India.
- Merupakan reaksi kepada ancaman pengaruh British terhadap adat, budaya dan agama masyarakat setempat
• Awalnya, memberikan perhatian kepada isu sosioagama.
• Brahmo Samaj dan Arya Samaj - pertubuhan penting yang menggiatkan rasa kecintaan kepada budaya tempatan kesan dari pengaruh budaya Barat
• Perkembangan pendidikan Barat membawa kemunculan golongan intelek yang memulakan gerakan lebih tersusun dengan menubuhkan Kongres Kebangsaan India (INC) pada 1885 dan Liga Muslim pada 1906
• Gerakan bersifat radikal oleh Bal Gangadhar Tilak dan Bipin Chandra Pal secara militan terhadap British
• INC dan Liga Muslim bentuk jawatakuasa khas bagi merangka rancangan pembahagian India iaitu India dan Pakistan.
• 14 Ogos 1947 Pakistan diumum merdeka dengan Muhammad Ali Jinnah sbg Gabenor Jeneral Pakistan.
• 15 Ogos 1947 India umum merdeka dengan Jawaharlal Nehru sebagai Perdana Menteri Pertama India

2. Nasionalisme China
• Bertujuan mengukuhkan peradaban China dalam kalangan org Cina daripada ancaman penguasaan politik dan ekonomi oleh kuasa asing.
• Perkembangan bermula dengan penentangan terhadap kelemahan dinasti Manchu yang dianggap orang luar dan kehilangan mandate.
• Rakyat hilang kepercayaan terhadap Dinasti Manchu yang gagal menghalang kemasukan pengaruh Barat
• Gerakan seterusnya bercorak anti - Barat kerana menentang campurtangan kuasa Barat di China
• Peranan Sun Yat Sen.
- mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu-i) sebagai ideologi - nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial.
- Menjadi asas kepada Revolusi China 1911 yang berjaya menumbangkan Dinasti Manchu.
- Muncul pemerintahan republik di China.
3. Nasionalisme Empayar Uthmaniyah dan Mesir
                      • Kesedaran mempertahankan sistem pemerintahan Islam dan agama Islam
                      • Mencetuskan gerakan Pan-Islamisme dan gerakan Islah
                      • Gerakan Islah
                      - Gerakan pemulihan Islam.
                      - Dipelopori Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh.
                      - Pertembungan budaya Eropah - Amerika dengan budaya tempatan.
                      - Menyeru umat Islam berpegang pada ajaran Islam sebenar yang berpandukan al-Quran dan Hadis.
                      • Gerakan Pan - Islamisme
                      - Peranan Sayyid Jamal al-Din al-Afghani menubuhkan kumpulan al-Urwah al-Wuthqa (Ikatan yang Kuat).
                      - Memperkuat rasa persaudaraan dan umat yang maju.
                      - Menerbitkan akhar al-Urwah al-Wuthqa.
                      - Untuk sebar idea penyatuan persaudaraan umat.
                      - Bangkit menentang perluasan kuasa Barat.
                      - Empayar Uthmaniyah keluarkan fatwa menyeru umat Islam yngg tindas Barat bangkit berjuang bersama empayar Uthmaniyah.
                      - Khalifah Abdul Hamid II - Menggerakkan idea dan mendapat sokongan termasuklah Tanah Melayu seperti Kebangkitan Tok Janggut 1915.
Nasionalisme di Jepun
                      • Kesedaran untuk mencapai kemajuan.
                      • mengelakkan ancaman imperialisme Barat.
                      • Pemulihan Meiji
                      - Dilancarkan oleh Maharaja Mikado Meiji (1868).
                      - Menekankan pemodenan mengikut model Barat.
                      - Supaya Jepun dihormati kuasa Barat.
                      - Prinsip dan semangat bushido - asas membina nasionalisme rakyat dan semasa era Pemulihan Meiji
                      - Pemulihan meliputi pembaharuan dalam aspek kehidupan yang menjadikan Jepun sebagai negara industri dan kuasa tentera
                      - Desakan ekonomi dan nasionalisme melampau oleh tentera menjadikan Jepun sebagai kuasa imperialis di Asia

Semangat Bushido - Sikap sanggup menanggung risiko, bersungguh² mencapai cita² - Sedia berkorban demi melaksanakan tanggungjawab terhadap ketua dan negara
2.4 PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA
TENGGARA
                      • Gerakan membebaskan diri daripada penjajahan barat
                      • Di Thailand – Bersifat menuntut pembaharuan dalam pentadbiran ke arah mengekalkan kedaulatan negara

1. Nasionalisme di Filifina
• Untuk menghapuskan penjajahan asing.
• Tokoh - Jose Rizal, Andres Bonifacio, Emilio Aguinaldo Peranan Jose Rizal.
• Awal berbentuk Gerakan Propaganda.( Jose Rizal )
- Filipina dijadikan sebahagian wilayah Sepanyol.
- Hak yang sama seperti bangsa Sepanyol.
- menubuhkan Liga Filipina 1892.
- Mendesak Sepanyol melakukan perubahan politik, ekonomi dan sosial
• Kegagalan Propaganda mencetuskan idea lebih radikal.
- Menubuhkan Katipunan untuk memperoleh merdeka melalui revolusi.
- Menggunakan akhbar Kalayan untuk sebar idea revolusi.
- Bonifacio bersama Aguinaldo memimpin Katipunan melancarkan Revolusi Filipina 1896.
- Aguinaldo bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan berjaya usir Sepanyol.
- Pengisytiharan Kemerdekaan Filipina oleh Aguinaldo 1899 tidak diiktiraf Amerika Syarikat sebaliknya di bawah Amerika Syarikat

                      Dibawah penjajahan Amerika Syarikat.
                      - Nasionalis ubah strategi dengan mengguna saluran diplomasi melalui parti politik sederhana.
                      - Membolehkan Sergio Osmena (Parti Nasionalis) dilantik anggotai Dewan Perhimpunan Filipina 1907
                      - Gerakan kemerdekaan diteruskan nasionalis sehingga Perang Dunia ke-2

2. Nasionalisme Burma (Myanmar )
• Perjuangan golongan kelas menengah, sami Buddha (pongyi), Thakin (siswazah universiti) dan petani .
• Nasionalisme golongan kelas pertengahan berpendidikan Barat disebabkan pengaruh British mengancam kedudukan agama Buddha
• Peranan Persatuan Belia Buddha 1906
- Untuk mengekalkan tradisi Buddha, pendidikan dan kebudayaan Burma.
- Menggunakan isu kasut
- Dianggap mencemari kesucian agama Buddha.
• Majlis Persatuan Am Kesatuan Burma.
• Memperjuangkan bangsa Burma
• Berlaku revolusi pelajar - menuntut penubuhan university.
• Golongan sami Buddha menubuhkan Majlis Am
- mencetuskan Pemberontakan Saya San.
- Mendapat sokongan petani yang terbeban dengan pelbagai cukai
• Pengenalan Perlembagaan Burma 1935
- memisahkan Burma dan India.
- merangsang perjuangan ke arah berkerajaan sendiri
• Peranan Golongan Thakin
- Menubuhkan Parti Do Bama Asiayone
- Memperjuang kemerdekaan Burma.
- Pemimpin parti spt Aung San, Kyaw Nein dan U Nu menggelar diri sebagai “Thakin” (Tuan).
- Mnegaskan org Burma mesti bertuankan org Burma.
- Dr. Ba Maw memenangi pilihanraya 1937 dilantik sebagai Perdana Menteri pertama.
3. Nasionalisme di Vietnam
                      • Akibat perubahan sosiopolitik dan sosioekonomi selepas kedatangan Perancis -1918.
                      • Dipelopori golongan bangsawan dan pegawai dari golongan mandarin.
                      • Pembesar yang menerima pendidikan Confucius.

                      Mereka memperjuangkan pemulihan sistem beraja.
                      • Golongan intelektual meningkatkan kesedaran politik dan gerakan anti-Perancis.
                      • Idea disalurkan melalui akhbar Tribune Indige dan Cloche Felee yang mengkritik penindasan Perancis
                      • Menuntut hak rakyat Aliran ideologi.
                      • Bercorak revolusi yang didokong dua aliran ideologi
                      • Nasionalisme - Parti utama ialah Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) atau Parti Nasionalis Vietnam pimpinan Nguyen Thai Hoc.
                      • Komunisme - Diterajui Parti Komunis Vietnam (PKV) pimpinan Ho Chi Minh
                      • Perjuagan VNQDD
                      - Berteraskan demokrasi, nasionalisme dan sosialisme
                      - Melancarkan pemberontakan 1930 untuk mengusir Perancis.
                      - Menubuhkan republik Vietnam.
                      - Perancis melumpuhkan gerakan - menangkap pemimpin VNQDD dan menghukum Nguyen Thai Hoc
                      • Perjuangan Parti Komunis Vietnam
                      - Ho Chi Minh berjaya isytiharkan kemerdekaan Republik Demokratik Vietnam.
                      - Beliau dilantik sebagai presiden pertama.
                      - Vietnam Selatan berpusat di Saigon berada di bawah Perancis dan Amerika Syarikat.
                      - Gerakan menentang Barat diteruskan sehingga Republik Vietnam terbentuk 1976.
4. Nasionalisme Di Indonesia
                      • Berkisarkan Isu pendidikan untuk mengubah nasib rakyat akibat dasar Belanda
                      • Peranan Adjeng Kartini sebagai pelopor perjuangan untuk memajukan pendidikan wanita.
                      • Karya (surat) diutuskan kepada rakan di Eropah dibukukan dan diterbitkan berjudul Hilang Gelap Terbitlah Terang.
                      • Karya diterjemah ke bahasa Inggeris dengan judul Letters of Javanese Princess.
                      • Karya mendedahkan dasar diskriminasi Belanda yang menindas dan membawa kemunduran.
                      • Peranan Pertubuhan Muhammadiyah - Lebih tersusun untuk mempertahankan agama Islam dari ancaman sekularisme Barat.
                      • Sarekat Islam - lebih radikal - memperjuang kemerdekaan.

                      Partai Nasionalis Indonesia ( PNI ) – Sebuah parti yang berpengaruh di bawah pimpinan Soekarno.
                      • Kongres pemuda Indonesia melajirkan ikrar “ sumpah pemuda “ yang menjadi tonggak nasionalisme.
                      • Tiga asas sumpah tersebut – satu tanah air, satu bangsa dan satu Bahasa.
Partai Nasional Indonesia. ( PNI )
                      • Pelajar Indonesia di Belanda menubuhkan Perhimpunan Indonesia berjuang ke arah merdeka.
                      • Tegas tidak bekerjasama dgn Belanda –
                      • Perhimpunan berjaya mendapat sokongan.
                      • Ahli perhimpunan pulang ke Indonesia dan menubuhkan kelab pelajar di beberapa bandar
                      • Kelab sebagai pusat perbincangan dan idea perjuangan.
                      • Paling aktif Kelab Pelajar Bandung.
                      • Soekarno menubuhkan Perserikatan Nasional Indonesia pd 4 Jun 1927.
                      • Menukar nama kepada Partai Nasional Indonesia (PNI) pimpinan Soekarno dan dibantu Ir. Anwari, Iskaq Tjokrohhadisoerjo, Sunarjo, Dr. Tjipto Mangunkusumo dan Ali Sastroamidjojo.
                      • Matlamat
                      - Menuntut kemerdekaan mutlak.
                      - Menyatukan rakyat melalui gabungan parti politik
                      - Membentuk kerajaan demokrasi berparlimen yang bertanggungjawab kepada rakyat.
                      - Memartabatkan bahasa Indonesia sebagai bahasa rasmi Perjuangan PNI.
                      - Secara radikal untuk capai matlamat bebaskan Indonesia dr Belanda.
                      • Usaha - Usaha PNI
                      - Tidak bekerjasama dgn Belanda.
                      - Sebar idea melalui akhbar Banteng Priangan di Bandung dan Persatuan Indonesia di Jakart.
                      - Keluar ikrar “Sumpah Pemuda” yang menekankan “semua rakyat Indonesia adalah sebangsa, sebahasa dan senegara”.
                      - Soekarno menyatukan rakyat dan PNI dapat sambutan.
                      - PNI gabungkan parti sedia ada seperti Kelab Pelajar Surabaya, Budi Utomo, Pasundan, Ikatan Sumatera, Sarekat Islam dan Kaum Betawi
5. Nasionalisme Thailand
                      • Berbeza dengan negara lain yang bersifat antipenjajah dan kemerdekaan.
                      • bertujuan mempertahankan kedaulatan negara serta tuntut penglibatan rakyat dlm pemerintahan
                      • Dipelopori Raja Thailand melalui diplomasi dan pemodenan.

Peranan Raja Mongkut
                      • Membina hubungan baik dengan Barat seperti British, Amerika Syarikat dan Perancis
                      • Langkah pemodenan dengan melaksanakan birokrasi Barat.
                      • Penasihat Barat dibawa untuk mellatih pegawai tempatan dalam bidang kewangan, pelabuhan, kastam, ketenteraan dan polis.
                      • Guru Barat dari British untuk melaksanakan pendidikan Barat.
                      • Membentuk imej Thailand sebagai negara bersahabat dgn Barat
                      • Birokrasi Raja Mongkut.
                      - 80 penasihat Barat
                      - Penasihat kewangan, pelabuhan, polis dari Britain
                      - Penasihat Kastam dari Amerika Syarikat
                      - Penasihat ketenteraan dar Perancis.

Peranan Raja Chulalongkorn
                      • Dasar Mongkut diteruskan puteranya Chulalongkorn
                      • Menjadikan Thailand negara bebas dari penjajahan Barat khususnya British.

Faktor – faktor Nasionalisme di Thailand.
                      • Kelemahan Raja Vajiravudh.
                      - Menimbulkan kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja.
                      - Nai Pridi Phanomyong dan Field Marshal Phibulsongkram menubuhkan Parti Rakyat dan melancarkan Revolusi Thai.
                      - Menamatkan pemerintahan raja berkuasa mutlak
                      - Pemerintahan raja berpelembagaan diperkenalkan
                      - Meletakkan raja kedudukan tertinggi dan tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan yang dijalankan oleh Perdana Menteri

                      Penguasaan Ekonomi oleh Kapitalis Barat dan orang Cina.
                      - Perdana Menteri Phibul Songkram meluluskan undang-undang menyekat penguasaan ekonomi orang Cina
                      - Menggalakkan peribumi terlibat dalam ekonomi.
                      - Dasar bekerjasama dengan Jepun.
                      - Thailand memperoleh semula hak wilayah di IndoChina dan negeri utara Tanah Melayu. 
 
Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita
                       

                      • Dapat di telusuri sejak zaman kesultanan melayu melaka.
                      • Berkembangan semasa ancaman siam dan British.
                      • Zaman Kesultanan Melayu Melaka
                      - Perjuangan bangsa hadapi ancaman luar.
                      - Sultan Muzaffar Shah dan Sultan Mahmud Shah
                      - Sultan Mahmud berusaha dapatkan Melaka kembali
                      - Melakukan tiga kali serangan terhadap Portugis - gagal
                      • Perjuangan Sultan Kedah
                      - Sultan Abdullah Mukarram Shah menentang Syarikat Hindia Timur Inggeris.
                      - Baginda berusaha dapatkan kembali Pulau Pinang
                      • Perjuangan pemimpin tempatan
                      - Penghulu Dol Said, Dato’ Maharajalela, Pandak Lam, Dato’ Bahaman, Rentap, Mat Salleh, Tok Janggut dan Haji Abdul Rahman Limbong.
                      - Bersifat setempat - perjuangan menuntut kebebasan daripada ancaman luar.
                      - Mendaulatkan wilayah - Kesedaran awal mendapat reaksi dan tindak balas keras dari penjajah.
                      • Gerakan Islah.
                      - Dipelopori Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Haji Abbas Mohd Taha dan Syed Sheikh al-Had.
                      - Melalui penulisan kreatif dan akhbar
                      - Digerakkan oleh Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), Muhammad Rakawi Yusuf, Abdul Rahim Kajai, Hajah Zainon Munshi Sulaiman (Ibu Zain) dan Fatimah Yaakub
                      • Pertubuhan sosioekonomi
                      - Golongan berpendidikan Inggeris dan Melayu
                      - Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestaman dan Burhanuddin al-Helmi.
2.6 Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme
                      • Kemunculan Gerakan Nasionalisme pada abad ke 20 didorong oleh faktor peranan agama, penulisan kreatif dan media cetak.
                      • Peranan agama
                      - Pelajar yang belajar di Mesir terdedah dengan gerakan Islah pimpinan Sayyid Jamal al-Din al-Afghani, Sheikh Muhammad Abduh dan Rashid Rida
                      - Gerakan Islah menyeru umat Islam kembali kapada ajaran Islam sebenar berpandukan al-Quran dan Hadis.
                      • Penulisan Kreatif
                      - Novel, cerpen, puisi digunakan untuk mengungkap keperitan hidup bangsa yang dijajah dan penderitaan rakyat.
                      - Dapat menaikkan semangat rakyat bagi memahami realiti hidup dijajah.
                      - Melor Kuala Lumpur (Harun Aminurrashid) dan cerpen Cerita Awang Putat (Abdul Rahim Kajai).
                      - Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila (Ishak Haji Muhammad ( Pak Sako ).
                      - Menyindir penjajah dan mengingatkan anak bangsa akan nikmat kebebasan.
                      • Media Cetak
                      - Akhbar / majalah menyalur maklumat dan penyebar berita
                      - Jawi Peranakan - Menegur campurtangan British dalam agama Islam di singpura dan isu bahasa Melayu.
                      - Sekolah Melayu - Bahan pembacaan di sekolah Melayu.
                      - Al-Imam, Neracha, Pengasuh – memuatkan idea pembaharuan.
                      - Fajar Sarawak - diterajui intelek Melayu mengkritik dasar Brooke yang mengabaikan hak dan kepentingan bumiputera Sarawak.
                      • Sistem Pendidikan.
                      - Pendidikan moden Islam – madrasah - meniupkan semangat pelajar awal abd ke 20.
                      - Menerima idea nasionalisme melalui kunjungan ulama Kaum Muda dari Sumatera Barat dan pelajar dari Mesir .
                      - Madrasah al-Attas Johor Bahru - Madrasah alMasyhur P. Pinang - Madrasah alIdrisiyah Kuala Kangsar

Raffles Institution di Singapura - Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) - Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC )
- Melahirkan golongan yg memimpin rakyat menuntut hak untuk mendapatkan Pendidikan
- Pelajar didedahkan dengan idea tokoh falsafah Islam dan Barat yang memaparkan kelemahan bangsa yang dijajah serta mendesak British melakukan perubahan
- SITC sebagai medan ilmu untuk berbincang dan hasilkan karya nasionalisme untuk menyedarkan masyarakat.
• Kemunculan Golongan Intelektual
- Lepasan Timur Tengah
- Syed Syeikh al-Hadi
- Lepasan Pendidikan Inggeris.
- Menggunakan akhbar / persatuan bersifat sosioekonomi dan politik untuk menyedarkan rakyat
- Abdul Kadir Adabi, Dato’ Undang Rembau Abdullah Haji Dahan, Mohammad Eunos Abdullah, Ustaz Abu Bakar Mohd Said Abu Bakar al-Baqir dan Ibrahim haji yaakob.
• Pengaruh Luar dan Serantau
- Pan-Islamisme - empayar Uthmaniyah - menyedarkan umat Islam bersatu menentang ancaman luar
- Gerakan Islah di Mesir - Gesa umat Islam buat pembaharuan progresif.
- Perang Rusia - Jepun - kejayaan Jepun tewaskan Rusia membuka mata penduduk
- Revolusi China - Tewaskan Manchuria & tubuhkan Republik China.
- Mahatma Ghandi di India Menentang British tanpa kekerasan Perjuangan.
- Jose Rizal di Filipina menyemarakan usaha menentang penjajah Perjuangan Soekarno di  indonesia.

Perang dunia pertama dan kedua 
Latar Belakang Perang Dunia
                      • Berpunca dari perkembangan nasionalisme dalam kalangan negara Eropah.
                      • Persaingan antara untuk mempertahankan kepentingan masing - masing.
                      • Mencetuskan perang dunia pertama dan perang dunia kedua.

Perang Dunia Pertama.
                      • Berlaku dikalangan negara Eropah termasuk empayar Uthamiyah.
                      • Persaingan kuasa imperialis
                      - Perkembangan Revolusi Perindustrian - Imperialis Eropah bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan.
                      - Memperoleh bahan mentah seperti arang batu, petroleum, bijih timah serta pasaran hasil industrI
                      - Membawa permusuhan antara imperialis di Eropah seperti Perancis dan Jerman.

                      • Pakatan Ketenteraan

- Permusuhan membawa kepada pembentukan Kuasa
Tengah dan Pakatan Bertiga.
- Menyebabkan ketidakstabilan politik di Eropah.
- Mereka bersaing mendapatkan jajahan dan bersaing menghasilkan senjata moden.
- Bersedia berperang bagi mempertahankan kepentingan masing – masing.

                      • Krisis Rantau Balkan
                      - Kesan permusuhan Austria-Hungary dengan Serbia.
                      - Austria-Hungry menuduh Serbia menghasut rakyat Austria supaya berjuang membebaskan diri daripada Austria-Hungary.
                      - Kemuncak krisis pembunuhan Archduke Ferdinand dan isteri Sophie oleh pemuda Serbia.
                      - Penyebab Eropah terlibat dlm Perang Dunia pertama.

Pihak terlibat dlm Perang Dunia pertama
                      • Kuasa Tengah.
                      - Jerman , Austria -Hungry.
                      - Disertai Bulgaria dan Uthmaniyah
                      • Pakatan Bertiga.
                      - Britain, Perancis, Rusia.
                      - Disokong Serbia, Itali, Romania, Portugal dan Greece.
Peristiwa Perang Dunia Pertama
                      • 28 Julai 1914 - Austira-Hungry dengan sokongan Jerman isytihar perang terhadap Serbia
                      • 30 Julai 1914 - Rusia beri bantuan tentera utk pertahankan Serbia
                      • 1 Ogos 1914 - Jerman isytihar perang terhadap Rusia
                      • 3 Ogos 1914 - Jerman serang Perancis - Rusia sokong Perancis - Jerman ceroboh Belgium serang Perancis
                      • 4 Ogos 1914
                      - Britain sertai Rusia - Perancis serang Jerman yg menceroboh Belgium
                      • Okt 1914
                      - Utmaniyahh sertai perang dgn memihak kpd Kuasa Tengah
                      • Mac 1915
                      - Itali sertai Perancis, Britain,Rusia dlm Pakatan Bertiga
                      • April 1917
                      - Amerika Syarikat sertai perang dgn memihak kepada Pakatan Bertiga

Berakhirnya Perang Dunia Pertama
                      • Penglibatan Amerika Syarikat membawa kejayaan kepada Pakatan Bertiga.
                      • Jerman terpaksa tandatangani genjatan senjata.
                      • Beberapa siri persidangan dan perjanjian damai memberi kesan kepada negara Eropah.
                      • Amerika Syarikat diiktiraf sebagai kuasa besar dunia.

Persidangan Damai Paris
                      • Tarikh 18 Januari 1919
                      • Membincangkan syarat perdamaian selepas perang dunia kedua.
                      • Memastikan Jerman tidak lagi menjadi ancaman kepada keamanan di Eropah.
                      • Melahirkan Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat.
                      • Mengandungi dua prinsip utama
                      - Penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri.
                      - Sempadan negara berasaskan bangsa.
Persidangan Versailles
                      • Tarikh 28 Jun 1919.
                      • Tempat Istana Versailles, Paris.
                      • Negara terlibat. - Pakatan Bertiga dan Jerman

Kandungan / Isi Perjanjian
                      • Liga Bangsa bangsa meminta Jerman menyerahkan kesemua tanah jajahan.
                      • Danzig jadi bandar bebas.
                      • Satu pungutan suara diadakan di sebelah utara Schleswig untuk selesaikan isu sempadan Denmark-Jerman.
                      • Wilayah Saar di bawah kawalan Perancis.
                      • Rhineland menjadi kawasan bebas selama 15 tahun.
                      • Jerman bayar hutang perang £6600 juta.
                      • Pengharaman gabungan Jerman dan Austria.
                      • Tentera Jerman terbatas kepada 100 000 orang tanpa tentera kerahan, kereta kebal, artileri berat, bekalan gas beracun, kapal terbang dan kapal udara.
                      • Tentera laut Jerman hanya boleh memiliki kapal di abwah 10 000 tan untuk kapal berperisai.
                      • Kesan kepada Jerman
                      - Bertanggungjawab terhadap kemusnahan akibat perang.
                      - Membayar pampasan kepada Pakatan Bertiga.
                      - Mengehadkan saiz angkatan tentera.
                      - Menyerahkan wilayah dan tanah jajahan kepada

Pakatan B ertiga
                      • Kesan lain
                      - Penubuhan Liga Bangsa-Bangsa untuk menggalakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa

Kesan Perang Dunia Pertama.
                      • Keruntuhan Pemerintahan Beraja
                      - Republik Jerman didirikan apabila Kaiser Wilhem II terpaksa turun takhta.
                      - Mendapat perlindungan politik di Belanda.
                      - Dinasti Habsburg berakhir apabila timbul pemberontakan di wilayah yang dikuasainya.
                      - Revolusi di Rusia menumbangkan pemerintahan beraja Tsar Nicholas II.
                      - Kerajaan komunis pertama di dunia terbentuk di bawah Vladimir Lenin Empayar

Khalifah Sultan Mehmed VI digulingkan.
- Kerajaan Turki bercorak republik diketuai Mustafa Kemal Ataturk
• Kemunculan Negara Baru
- Keruntuhan empayar Austria Hungry melahir - Austria, Hungry, Czechoslovakia dan Yugoslavia.
- Perpecahan Empayar Rusia - melahirkan Poland, Estonia, Latvia dan Lithuania.
- Perpecahan Empayar Utmaniyah - melahirkan Lebanon, Syria dan Iraq
• Kesan terhadap negara kita
• Raja - raja Melayu diminta tandatangani pengisytihran perang menyokong / memberi taat setia kepada British.
• Bertujuan menyekat kebangkitan orang melayu.
• Undang-undang berkaitan perang diluluskan oleh British
• Undang-undang berkaitan dengan perang yg diluluskan
• British manipulasi ekonomi Tanah Melayu seperti wang hasil timah dan getah. 

3.3 Perang Dunia Kedua
                      • Tahun 1939-1945 - melibatkan negara Eropah dan utara Afrika.
                      • Melibatkan Tanah Besar Asia dan Kepulauan Asia Tenggara.
                      • Kuasa Paksi - Jerman, Itali, Jepun.
                      • Kuasa Bersekutu - Britain, Amerika Syarikat, Perancis, Rusia.

Faktor Tercetusnya Perang Dunia Kedua di Eropah
                      • Kemunculan Ideologi Baru
                      - Bertujuan untuk mengatasi masalah kemelesetan ekonomi
                      - Penduduk Itali dan Jerman mengadakan gerakan politik radikal
                      a. Fasisme Itali
                      - Pimpinan Benito Mussolini.
                      - Parti Fasis yg kuasai Itali 1922.
                      - Memberi keutamaan kpd kepentingan negara melebihi kepentingan individu.
                      - Bagi memulihkan imej Itali meluaskan jajahan dgn kuasai Habsyah (Ethiopia) dan Albania

                        b. Nazisme Jerman
                        - Pimpinan Adolf Hitler - mengagungkan bangsa Jerman.
                        - Hitler berusaha memulihkan nasionalisme Jerman
                        - Dianggap tidak adil
                        - Menjejaskan kedaulatan negaranya
                        - Kehilangan tanah jajahan.
                        - perlu bayar pampasan perang tinggi.
                        - Itali kerana tidak puas hati terhadap perjanjian ini keranaidak diberi tanah jajahan baru seperti yang diperoleh Perancis dan Poland
                        • Kegagalan Liga Bangsa Bangsa
- Gagal kuatkuasakan perjanjian pelucutan senjata dan menangani krisis pencerobohan yang berlaku selepas Perang Dunia pertama
- Dunia terdedah kepada konflik berterusan membawa meletusnya Perang Dunia kedua
• Cabaran Liga Bangsa-Bangsa Selepas Perang Dunia pertama.
- Krisis Manchuria (1931-1933).
- Jepun menakluk Manchuria (wilayah China) i
- Perjanjian Pelucutan Senjata (1932-1934)
- Jerman keluar dari Liga Bangsa - bangsa dan perbesar tentera secara terbuka.
- Krisis Habsyah (1935-1936)
- Itali serang Habsyah di Afrika.

Perang Dunia Kedua di Eropah
                      • Meletus serangan Jerman terdadap Poland.
                      - Britain dan Perancis isytihar perang terhadap Jerman
                      • Penaklukan Jerman terhadap Eropah Barat.
                      - Jerman memulakan serangan Blitzkrieg (serangan kilat )

bagi menakluk negara di Eropah Barat.
- Kapal terbang Jerman mengebom sasaran musuh
- Diikuti serangan kereta kebal dan tentera bermotosikal.
- Jerman berjaya tawan Poland, Denmark, Norway, Belanda, Belgium, Luxembourg dan Perancis
- Jerman kuasai hampir keseluruh negara di Eropah Barat

menjelang tahun 1941
                      • Pengeboman Britain pada sept 1940 - Jun 1941
                      - Jerman serang Britain melalui udara dan laut.

Musnahkan pelabuhan, kawasan industri dan pertahanan telah menjejaskan ekonomi.
                      • Penyertaan Itali dlm Perang di Eropah

- Itali isytihar perangi Britain dan Perancis dan menyerang Perancis melalui arah selatan.
- Jerman serang Perancis dari arah utara.
• Serangan Jerman terhadap Rusia
- Jerman lancar Operasi Barbarossa.
- Serangan besar – besaran untuk menawan Rusia.
- Menyasarkan bandar utama di Rusia iaitu Leningrad, Moscow dan Stalingrad

Berakhirnya Perang Dunia Kedua di Eropah
                      • Kerjasama kuasa besar dan keberkesanan strategi membawa kejayaan tentera bersekutu
                      • Memberi iktibar kepada kepentingan berkerjasama dan bermuafakat.

Faktor kejayaan Kuasa Bersekutu dalam Perang Dunia kedua di Eropah.
                      • Kerjasama Kuasa Besar
                      - Pertemuan Presiden Amerika Syarikat, Franklin Roosevelt, Perdana Menteri Britain, Winston Churchill dan Presiden Rusia, Joseph Stalin.
                      - Tentera Bersekutu iaitu tentera darat, udara dan laut

beroperasi di bawah Komander Tertinggi Bersekutu yang
diketuai Amerika Syarikat
                      • Keberkesanan Strategi Serangan
                      - Kesilapan kuasa Paksi membuat keputusan politik dan ketenteraan semasa operasi menawan Rusia membawa kegagalan.
                      - Amerika Syarikat unggul dalam perancangan ketenteraan.

Kegagalan Operasi Menawan Rusia
                      • Pada awal serangan terhadap Rusia berjalan lancar.
                      • Tentera Jerman banyak terkorban apabila melewati dua musim sejuk di Rusia
                      • Tempoh perang yang panjang menyebabkan tentera Jerman kehabisan peluru, minyak dan makanan.
                      • Melemahkan semangat tenteranya.
                      • Jeneral Jerman Friedrich Von Paulus ingkari perintah Hitler untuk meneruskan peperangan.
                      • Menyerah kalah kepada Rusia di Stalingrad - Jan 1943.
Kejayaan Operasi Pendaratan Tentera Bersekutu
                      • Operasi kod “DDay”
                      - Tentera Bersekutu berjaya mendarat di Normandy Perancis.
- Berjaya memperdaya tentera Jerman.
- Ini telah meningkatkan semangat Bersekutu.
- Menjadi titik tolak kejayaan membebaskan Perancis

Dan negara Eropah Barat dari penaklukan Jerman.
- Tentera Bersekutu memasuki Jerman dari arah Barat dan Tentera Rusia serang Jerman di bahagian Timur.

 3.4 Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik

• Berlaku pada tahun - 1941-1945 - Perang Pasifik.
• Berlaku di Lautan Pasifik, Tanah Besar Asia, Kepulauan Asia Tenggara.
• Berpunca - kemunculan Jepun sebagai kuasa tentera di Asia yang menjalankan imperialisme di Asia Pasifik.

Perluasan Kuasa Jepun
                      • Dasar Perluasan Kuasa Jepun berkait dengan perindustrian, pengaruh golongan tentera dan orde baharu dunia.
                      • Keperluan perindustrian.
                      - Jepun muncul sebagai kuasa industri pada abad ke - 19
                      - Berusaha mengurangkan bergantung kepada Barat bagi dapatkan bahan mentah.
                      - Jepun perlukan wilayah yang dapat bekalkan bahan mentah dan pasaran
                      • Pengaruh golongan tentera.
                      - Tentera Jepun paling moden di Asia pada abad ke – 20.
                      - Menjadi semakin agresif bila tentera kuasai politik.
                      - Masalah ekonomi boleh selesai menerusi penaklukan kawasan kaya bahan mentah dan boleh menjadi kawasan pasaran.
- Jeneral Hideki Tojo menjadi Perdana Menteri Jepun dan mengheret Jepun dalam perang.
                      • Orde Baharu Asia
                      - Mengembangkan kuasa, kebebasan ekonomi 

menentang imperialisme Barat.
- Orde baharu di Asia Timur - Jepun, Korea, China, Manchuria ke dalam satu blok ekonomi dan dikembang ke Asia
Maksud Orde Baharu: Rancangan Jepun untuk singkirkan imperialis Barat di Asia dan anjurkan perkongsian kuasa serta kekayaan lebih adil dlm kalangan negara di Asia
Sekatan Ekonomi Terhadap Jepun
                      • Selepas kuasai Korea, Manchuria dan China, Jepun kuasai kawasan strategik Laut China Selatan termasuk Pulau Hainan dan IndoChina.
                      • Mendapat reaksi Bersekutu - Amerika Syarikat, British, Belanda.
                      • Mengenakan sekatan ekonomi bagi menghalang Jepun memperoleh bahan mentah untuk industri dan operasi perang.

Sekatan ekonomi ialah tindakan menghentikan perdagangan. Membekukan semua harta milik Jepun di wilayah yang dikuasai British, Amerika Syarikat ,Belanda.
Rancangan Penaklukan Wilayah di Selatan
                      • Sebagai jalan keluar dari sekatan ekonomi Bersekutu.
                      • Jepun rancang kuasai wilayah di selatan Asia Tenggara.
                      • Jerman hantar pakarnya ke Jepun untuk mengkaji serangan terhadap wilayah selatan.
                      • Membantu perkembangan industri pembuatan kapal terbang Jepun.
                      • Hasrat Jepun membentuk pemerintahan baharu di Asia Pasifik mencapai kemuncak.
                      • Bila rundingan di Amerika Syarikat untuk menamatkan sekatan ekonomi terhadap Jepun gagal.
                      • Pemerintah tentera Jepun mengarahkan serangan serentak terhadap Asia Pasifik pada Disember 1941.

Pakatan Tiga Negara - 1940 Jepun tandatangani perjanjian Pakatan Tiga Negara dgn Jerman dan Itali menjadikan Jepun terikat dgn Kuasa Paksi
Bermula Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik
                      • Serangan Jepun Serang Tanah Melayu.
                      • Serangan ke atas Pearl Harbour, Hawai.
                      • Pengkalan tentera laut Amerika Syarikat di Pasifik.
                      • Bertujuan melumpuhkan tentera laut Amerika Syarikat di Pasifik.
                      • Menjadi penghalang kepada perluasan kuasa Jepun Serangan
                      • Serangan ke atas wilayah jajahan Amerika Syarikat, Britain dan Belanda

                      Membawa Amerika Syarikat terlibat dalam Perang di Asia Pasifik apabila isytihar perang terhadap Jepun
                      • Kejayaan Jepun
                      - Strategi berkesan dan penguasaan serangan melalui laut, darat, udara.
                      - Jepun berjaya membentuk empayar luas di Asia Pasifik menjelang April 1942 K
                      • Kesan Perang Dunia kedua
                      - Korbankan 75 juta nyawa
                      - kemusnahan harta benda
                      - kematian, kesengsaraan, kelaparan, ketakutan, kezaliman dan kemiskinan Iktibar


SOALAN KBAT

SOALAN: BAGAIMANA SEMANGAT TERSEBUT TELAH MEMPENGARUHI SEMANGAT NASIONALISME DI ASIA TENGGARA?

Semangat tersebut telah mempengaruhi semangat nasionalisme di asia tenggara kerana semangat ini telah membuatkan rakyat sedar bahawa pentingnya sifat bersatu padu dalam melakukan apa apa kerja berkumpulan tidak kira bangsa mahupun agama. Semangat nasionalisme dapat mewujudkan sikap bekerjasama dalam diri masing masing dalam melakukan sesuatu kerja. Dengan mengamalkan sikap nasionalisme ini, kita dapat mewujudkan hubungan yang baik antara satu sama lain. Selain itu, kita juga dapat mengenali perkara baharu sepertu contoh kebudayaan masyarakat lain, adat resam, keperibadian diri dan banyak lagi. Kini, masyarakat di Malaysia tetap mengamalkan sikap nasionalisme antara diri masing masing. Individu yang mangamalkan sikap ini dapat melahirkan jati diri yang kukuh dalam mempertahankan segala perkara dalam negara ini.

*sila isi borang ini selepas anda telah memahami nota ini.

https://forms.gle/JNKMJfUFRJNQyWQPA



Comments